Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agent umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking news

    Carousel

    Thursday, October 14, 2010

    Syarat Wajib Haji dan Umrah



    Syarat wajib haji dan umrah adalah sama, iaitu:

    • Islam - tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad wal'iyazubillah).
    • Baligh (cukup umur ) tidak diwajibkan mengerjakan haji ke atas kanak -kanak dan jika ia mengerjakannya adalah sah tetapi tidak rnenggugurkan haji fardhunya.
    • Berakal - tidak wajib ke atas orang gila dan tidak sah hajinya jika dilakukan.
    • Merdeka - hamba abdi tidak diwajibkan rnenger­jakan haji, tetapi, sah dan rnendapat pahala jika dilakukan.
    • Berkuasa rnengerjakan haji dan umrah, ia terbahagi kepada dua bahagian:

    Pertama: Berkuasa dengan sendirinya iaitu:

    1. Berkuasa membayar tambang-menambang dan segala perbelanjaan bagi rnengerjakan haji hingga selesai dan balik ke ternpatnya.
    2. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
    3. Ada kenderaan pergi dan balik.
    4. Aman di dalam perjalanan pergi dan balik seperti tidak ada peperangan, perompak, penyamun dan rnusuh yang rnengancarn keselarnatan diri atau hartanya, atau tidak ada penyakit yang berjangkit yang rnernbahayakan tubuh badan.
    5. Sihat tubuh badan.
    6. Berkesempatan rnasa untuk mengerjakan haji dan umrah.


    Bagi wanita ditambah dua syarat lagi;

    Dengan izin suami atau wali
    Hendaklah ia ditemani oleh suami atau mahramnya (orang yang haram nikah dengannya) atau yang thiqat (perempuan yang dipercayai).

    Mahram dalam Ibadat Haji Sunat atau Umrah Sunat

    Haram bagi seorang perempuan menunaikan Haji Sunat atau Umrah Sunat tanpa ditemani mahram dengan syarat-syarat tertentu mengikut Qaul Muqabilul Asah. Di antara syarat-syaratnya:
    a. Memastikan tidak adanya fitnah dan keselamatan diri terjamin.
    b. Sekiranya bemazar, bukan mengada-adakan alas an nazar untuk menunaikan haji. *


    Kedua: Berkuasa dengan pertolongan orang lain adalah: Bagi mereka yang sudah mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan fardu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya sendiri disebabkan oleh uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umumya, yang telah putus asa tidak dapat pergi menunaikan fardhu haji maka bolehlah digantikan dengan orang lain untuk mengerjakan haji itu bagi dirinya, dengan upah yang berpatutan atau dengan sukarela. 

    Begitu juga dengan orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak mengerjakan haji maka terhutanglah fardu haji ke atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menyelenggarakan hutang hajinya itu dengan upah yang berpatutan atau sukarela (Badal haji).
    * Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH/Pusat Islam) II 1422 Hijrah pada 16 April 2001 .

    No comments:

    Post a Comment

    Nota Umrah

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk maklumat lanjut

    Popular Posts

    Labels

    artikel (21) haji (3) hukum (19) tips (8) umrah (24) ziarah (12)