Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agent umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking news

    Carousel

    Tuesday, July 20, 2010

    Doa Qunut Di Masjidil Haram


    Membaca qunut ketika sembahyang Subuh disyariatkan menurut mazhab asy-Syafi‘i dan ia termasuk dalam perkara sunat ab‘adh. Jika qunut itu ditinggalkan sama ada terlupa atau sengaja, maka sunat ditampung dengan sujud sahwi.

    Persoalannya, dalam sembahyang berjemaah jika imam tidak membaca doa qunut sama ada dia terlupa atau sengaja meninggalkannya atau doa qunut sememangnya tidak disyariatkan menurut mazhab tertentu seperti mazhab Hanafi dan Hanbali sebagaimana yang biasa dialami apabila menunaikan sembahyang fardhu Subuh berjemaah di Masjidil Haram, Makkah. Maka dalam hal yang sedemikian, apakah yang perlu dilakukan oleh ma’mum yang berimam dengan imam tersebut?
    Dalam hal ini, Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah berkata:






    Ertinya: “Jika seorang yang bermazhab Syafi‘i mengikut (berimamkan) seorang yang bermazhab Hanafi di dalam sembahyang Subuh (sedang dia tidak membaca doa qunut kerana
    di dalam mazhab Hanafi tidak disunatkan membaca doa qunut). (Jika) dia (makmum Syafi‘i) dapat membaca doa qunut dan sempat mendapati imam pada sujud pertama, (maka sunat) dia melakukan (perkara tersebut). Jika dia tidak dapat melakukannya, maka tidak (disunatkan dia melakukannya dan batal sembahyangnya jika dia tertinggal dua rukun sembahyang yang panjang). (Walau bagaimanapun) dalam semua hal (tersebut), dia (disunatkan) bersujud sahwi menurut qaul muktamad selepas salam imamnya.”
    Berdasarkan nash yang disebutkan di atas, jika imam tidak membaca doa qunut di dalam sembahyang Subuh, ma’mum disunatkan membaca doa qunut jika dia sempat melakukan sujud
    bersama-sama dengan imam pada sujud yang pertama. Jika dia tidak sempat berbuat demikian (membaca qunut dan sujud bersama-sama imam pada sujud yang pertama), maka hendaklah
    dia mengikut apa yang dilakukan oleh imam. Kemudian selepas itu, sama ada dia sempat membaca qunut ataupun tidak, disunatkan lagi baginya untuk melakukan sujud sahwi kerana terdapat kekurangan di dalam sembahyang imamnya. Sujud sahwi tersebut, dilakukan selepas imam memberi salam, sebelum ma’mum sendiri memberi salam, sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani rahimahullahu Ta‘ala dalam Hawasyi Kitab Tuhfah al-Muhtaj Fi Syarh al-Minhaj katanya:





    Ertinya: “Disunatkan (ketika sembahyang Subuh) bagi ma’mum yang bermazhab Syafi‘e melakukan sujud sahwi sebelum dia memberi salam setelah imamnya (yang bermazhab Hanafi atau Hanbali) memberi salam, sama ada ma’mum itu telah membaca qunut ataupun tidak, kerana sujudnya (ma’mum itu) adalah disebabkan imamnya meninggalkan qunut bukannya kerana dia sendiri yang meninggalkannya.”

    Menurut nash yang disebutkan di atas, apabila seseorang itu menjadi ma’mum di belakang imam yang bermazhab Hanafi atau Hanbali semasa sembahyang Subuh, maka sunat bagi ma’mum itu melakukan sujud sahwi sebelum dia memberi salam setelah imam itu selesai memberi salam, sama ada ma’mum itu membaca qunut ketika i’tidal ataupun tidak membacanya, kerana sujud sahwi yang dilakukannya itu adalah disebabkan imam tersebut tidak membaca qunut.

    Begitulah juga halnya jika mengikut imam yang bermazhab Syafi‘i tetapi dia terlupa atau sengaja meninggalkan doa qunut di dalam sembahyang Subuh, sebagaimana Ibn Hajar al-Haitami
    rahimahullah berkata;




    Ertinya: “Bagi ma’mum di sini (dalam perkara imam terlupa atau tidak membaca qunut Subuh), bolehlah tertinggal (daripada imamnya) untuk membaca qunut selagi tidak didahului oleh
    imamnya dengan dua rukun fi‘li”.


    Menurut ulama, untuk mendapatkan pahala bacaan doa qunut memadai dengan doa dan pujian, seperti:



    Ertinya: “Ya Allah, ampunkanlah aku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, dan rahmatilah aku wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.”
    Apakah perlu untuk menadah tangan? Jawabnya tak perlu. Cukup sekadar membaca doa ini selepas kita membaca doa iktidal kita. Namun tak perlu bersambung. 'Pause'kan diantara keduanya bagi tujuan perbezaan diantara doa iktidal dan doa qunut.

    Adapun jika ma’mum yang mengerjakan sembahyang Fardhu Subuh mengikut imam yang mengerjakan sembahyang Zuhor atau sunat Subuh sama ada imam itu bermazhab Syafi‘i atau bukan, sama ada ma’mum itu membaca qunut ataupun tidak, maka tidaklah dituntut ma’mum itu mengerjakan sujud sahwi.
    Perkara ini ada disebutkan dalam Hawasyi kitab Tuhfah al-Muhtaj Fi Syarh al-Minhaj:





    Ertiya: “Dan jika orang yang bersembahyang Subuh bermazhab Syafi‘e mengikut orang yang bersembahyang Zuhor atau sunat Subuh umpamanya, tidaklah dia dituntut mengerjakan sujud
    sahwi, sama ada ma’mum itu membaca qunut ataupun tidak.”
    Jelasnya, mengikut nash-nash ulama yang telah disebutkan, jika seseorang yang bermazhab Syafi‘i mengikut imam yang bermazhab Syafi‘i tetapi dia terlupa atau sengaja meninggalkan
    qunut atau mengikut imam yang bermazhab Hanafi atau Hanbali yang menurut pendapat mereka bahawa bacaan qunut tidak disyariatkan ketika mengerjakan sembahyang Subuh, sebagaimana yang berlaku di Kota Makkah, makmum yang bermazhab Syafi‘i disunatkan untuk membaca doa qunut jika dia sempat melakukan sujud bersama imam pada sujud yang pertama.
    Jika dia tidak sempat berbuat demikian (membaca qunut dan sujud bersama-sama dengan imam pada sujud yang pertama), maka hendaklah dia mengikut apa yang dilakukan oleh imam. Kemudian selepas itu, disunatkan lagi baginya untuk melakukan sujud sahwi sebelum dia
    memberi salam selepas imam tersebut memberi salam, kerana sujud sahwi itu adalah disebabkan imam tersebut tidak membaca qunut.
    Apa yang perlu diambil perhatian ialah jika ma’mum itu memilih untuk membaca qunut, maka hendaklah dia memastikan supaya tidak akan tertinggal dua rukun fi‘li daripada imamnya ketika membaca qunut itu kerana jika tertinggal dua rukun fi‘li itu tanpa ada keuzuran, maka batallah sembahyang ma’mum tersebut.

    Demikian serba sedikit penerangan mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh makmum yang bermazhab Syafie ketika mendapati imam di dalam sembahyang Subuh berjemaah tidak membaca doa qunut.

    (petikan dari laman web Mufti Brunei bil305)


    No comments:

    Post a Comment

    Nota Umrah

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk maklumat lanjut

    Popular Posts

    Labels

    artikel (21) haji (3) hukum (19) tips (8) umrah (24) ziarah (12)