Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agent umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking news

    Carousel

    Thursday, October 14, 2010

    Persiapan Sebelum Ihram


    Disarankan bagi orang yang akan melaksanakan haji atau umrah untuk mandi sebagaimana seorang yang mandi junub (hadas besar), berdasarkan hadits Zaid bin Tsabit r.a. :
    "Bahwasanya dia melihat Nabi s.a.w. menanggalkan pakaiannya untuk berihram dan beliau mandi." ,
    Memakai pakaian ihram, bagi laki-laki berupa dua lembar kain, yang satu berfungsi sebagai sarung, dan satunya sebagai rida' (penutup pundak). Keduanya dianjurkan berwarna putih, berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w. :

    "Pakailah pakaianmu yang berwarna putih, kerana sesungguhnya pakaian yang putih itu adalah paling baik, dan kafanilah orang-orang yang mati di antara kamu dengan-nya."

    Adapun pakaian ihram bagi wanita, iaitu dengan memakai pakaiannya yang disyari'atkan tanpa berdandan dan tanpa memakai perhiasan, tidak dibolehkan baginya menutup wajah dengan cadar atau niqab, dan tidak boleh pula memakai kaos tangan (sarung tangan).

    Peringatan:
    Dibolehkan memakai pakaian ihram sejak dari rumah sebelum sampai di miqat, sebagaimana yang di tunjukkan oleh Rasulullah dan para Sahabat baginda, dan ini merupakan kemudahan bagi mereka yang melaksanakan ibadah haji (dan umrah) melalui kapalterbang, (kerana) tidak mungkin bagi mereka untuk mengenakannya di miqat, maka dibolehkan menaiki pesawat dengan mengenakan pakaian ihram. Akan tetapi mereka tidak berihram (masuk dalam ibadah), kecuali jika telah mendekati miqat.

    Asy-Syaikh 'Abdul 'Aziz bin Baaz t berkata: "Disyari'atkan bagi orang yang menuju Makkah melalui kapalterbang untuk tujuan haji dan umrah agar mempersiapkan diri dengan mandi dan lain sebagainya sebelum naik ke pesawat. Jika telah mendekati miqat, ia mengenakan pakaian ihram, kemudian ia niat umrah (dengan mengucapkan talbiyah umrah atau jika tidak sempat (tidak dapat melaksanakan haji tamattu'), ia melaksanakan haji (ifrad) dengan mengucapkan talbiah haji. Selanjutnya beliau berkata: 'Jika dia mengenakan pakaian ihramnya sebelum naik ke pesawat atau sebelum tiba di miqat, tidaklah mengapa, namun tidak ihram (masuk ke dalam ibadah), kecuali jika telah berada diatas miqat atau ketika pesawat mendekati miqat, sebabNabi s.a.w. tidak masuk ke dalam ibadahnya (umrah atau haji), melainkan dari miqat, dan merupakan kewajiban umat untuk menjadikan beliau sebagai teladan dalam masalah ini dan dalam berbagai masalah agama lainnya. Allah s.w.t. berfirman:


    "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulul-lah itu suri teladan yang baik bagimu…" (QS. Al-Ahzaab: 21)


    Dan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

    "Ambillah dariku tata cara pelaksanaan manasik (bagi)mu"
    Memakai wangi-wangian yang dikenakan pada badannya, dan memakai minyak rambut, berdasarkan hadits 'Aisyah dan Ibnu 'Abbas. 'Aisyah berkata:
    "Aku memakaikan wangi-wangian kepada Rasulullah s.a.w. ketika beliau akan berihram dan setelah beliau tahallul sebelum melaksanakan Tawaf (ifadhah) di Baitullah."
    '
    Abdullah Ibnu 'Abbas r.a. , berkata :
    "Nabi s.a.w. bertolak dari Madinah setelah beliau menyikat rapi dan meminyaki ram-butnya dan setelah memakai pakaian ihramnya, beliau dan para Sahabatnya."
    Sebelum berihram tidak ada solat sunnat tertentu, namun apabila akan ihram telah masuk waktu solat wajib, maka dia melakukan solat wajib tersebut, kemudian baru berihram, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dimana beliau berihram setelah solat Zohor.
    Barangsiapa yang miqatnya di Dzul Hulai-fah (Bir 'Ali), dianjurkan baginya untuk solat di tempat tersebut, namun bukan solat yang dikhususkan untuk ihram, akan tetapi kerana keutamaan dan keberkahan wadi (lembah) tersebut yang bernama "Wadi 'Aqiq", berdasarkan hadits 'Umar bin al-Khaththab r.a, ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. (ketika) berada di "Wadi 'Aqiq" beliau bersabda:
    'Telah datang Malaikat kepadaku semalam dari Rabbku, lalu dia berkata: 'solat lah dilembah yang diberkahi ini dan katakan-lah umrah didalam haji.''
    Seorang yang akan berihram tidak dibolehkan berihram dengan mengenakan kemeja, jubah, sorban yang diikat dikepalanya, seluar dalam atau pakaian yang bercelupkan raus dan za'faran (jenis celupan yang mengandung wangi-wangian), tidak pula memakai "khuf" (sejenis sepatu yang terbuat dari kulit dan menutupi kedua mata kaki), terkecuali jika tidak mendapatkan sandal, maka dibolehkan memakai khuf.

    Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Dia tidak perlu memotong sepatu "khuf" nya sampai dibawah mata kaki, kerana pada awalnya Nabi memerintahkan untuk memotongnya, namun kemudian ketika berada di padang 'Arafah, beliau memberi keringanan untuk memakai sejenis celana panjang bagi mereka yang tidak mempunyai kain ihram, dan memakai khuf bagi mereka yang tidak mendapatkan sandal."
    .
    .
    .

    No comments:

    Post a Comment

    Nota Umrah

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk maklumat lanjut

    Popular Posts

    Labels

    artikel (21) haji (3) hukum (19) tips (8) umrah (24) ziarah (12)