Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agent umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking news

    Carousel

    Wednesday, August 4, 2010

    Fatwa Mufti Saudi Tentang Pesakit kencing manis dibulan Ramadhan.



    Mufti Arab Saudi Syeikh Abdul Aziz Al-Syeikh dalam fatwa terbarunya membenarkan pesakit diabetes yang tidak mampu berpuasa sepenuhnya pada bulan Ramadhan ini boleh berbuka kerana puasa menyebabkan dahaga dan penat yang amat sangat serta penurunan atau kenaikan kadar gula dalam darah.

    Dia berkata, jika mampu berpuasa pada masa akan datang, mereka boleh qada puasanya dan jika tidak mampu, mereka boleh bayar dam dengan memberi makan orang miskin sebanyak satu setengah kilogram beras setiap hari.Syeikh Abdul Aziz fatwanya yang disiar dalam akhbar al-Anba' semalam berkata:
    من لم يستطع صيام رمضان كاملاً نظراً لما يسببه الصيام من ظمأ شديد متعب له وانخفاض أو ارتفاع السكر بالدم فيفطر رمضان ويقضيه إن استطاع وإن تعذر القضاء فعليه إطعام مسكين عن كل يوم كيلو ونصف أرز
    "Siapa yang tidak mampu berpuasa Ramadhan sepenuhnya kerana puasa menyebabkan dahaga teruk, penat dan penurunan atau kenaikan kadar gula dalam darah, maka dia boleh berbuka pada Ramadhan dan (kemudian) mengqadanya jika mampu. Jika tidak mampu mengqadanya, maka dia perlu memberi makan orang miskin satu setengah kilogram beras setiap hari."

    Jika fatwa itu dipatuti bererti berjuta-juta penduduk Saudi tidak akan berpuasa pada tahun kerana penyakit kencing manis yang biasanya menyerang orang kaya atau orang malas bergerak itu menjadi wabak di negara tempat turun wahyu itu. Ini kerana dianggar 30 peratus penduduk Saudi mengidapi penyakit yang berpunca daripada makan berlebihan itu. Penduduk Saudi berjumlah 21 juta orang.
    KOMEN SAYA:

    ITU KITAB BELIAU .... KITAB TUAN/PUAN PULA BAGAIMANA?
    Puasa tu, rukun Islam. Perempuan yang datang haid yang faham nilai puasa dibulan Ramadhan, kalau boleh nak berpuasa juga, tapi apakan daya. Kencing Manis datangnya dari Allah. Penduduk Saudi juga datang dariNya. Suruhan puasa nie pun datang dariNya. Takkan Allah nak menginyanyai hamba Dia. Ye tak?

    Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih.
    Wallahualam.

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










    No comments:

    Post a Comment

    Nota Umrah

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk maklumat lanjut

    Popular Posts

    Labels

    artikel (21) haji (3) hukum (19) tips (8) umrah (24) ziarah (12)