Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agent umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking news

    Carousel

    Sunday, July 18, 2010

    Sempena Bulan Syaban 1431H



    Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

    Ciri-ciri fizikal dan wajah nabi seperti yang digambarkan oleh orang yang pernah melihat baginda ...
    • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
    • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
    • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
    • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
    • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
    • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
    • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
    • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
    • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
    • Wajahnya seperti bulan purnama.
    • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
    • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
    • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
    • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
    • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
    • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
    • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
    • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
    • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
    • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
    • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
    • Rambutnya sedikit ikal.
    • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kaang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
    • Rambutnya terbelah di tengah.
    • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
    • Dadanya bidang dan selaras dgn perut.
    • Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
    • Seimbang antara kedua bahunya.
    • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
    • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
    • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
    • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
    • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
    • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
    • Warna putihnya lebih banyak.
    • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
    • Warna kulitnya putih tapi sihat.
    • Kulitnya putih lagi bercahaya.
    • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
    • Badannya tidak gemuk.
    • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
    • Perutnya tidak buncit.
    • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
    Itulah yang seperti yang digambarkan oleh orang yang pernah melihat atau bersama baginda. Berbanyakkan selawat.
    Mudah-mudah apabila berada di Madinah kita akan lebih menghayati kemuliaan baginda nabi saw.

    No comments:

    Post a Comment

    Nota Umrah

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk maklumat lanjut

    Popular Posts

    Labels

    artikel (21) haji (3) hukum (19) tips (8) umrah (24) ziarah (12)