Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agent umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking news

    Carousel

    Thursday, October 7, 2010

    Ulama Injil Masuk Islam

    :gambar hiasan


    Kenapa saya memasukkan kisah ini di dalam ruangan ini ....

    .... Tak lain bagi menerbitkan rasa ta'jub kita dengan Afa'al Allah dan berapa jauh kita dengan ilmu yang telah kita ketahui TETAPI MASIH LIAT UNTUK MENGAMALKANNYA.

    Sekadar muhasabah.

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


    From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>


    Salam alaik,

    Artikel ini disertakan sekali dengan 2 bahagian video berkenaan seorang Ulama Injil ( Bible Scholar ) di USA yang masuk Islam.

    Dr Jerald Dirks adalah Ordained Methodist Minister (deacon) yang terkenal hebat di kalangan umat Kristian Methodist di USA. Sejak kecil lagi, beliau memang berminat dan cinta kepada agama Kristian. Dari tahun 70an, di mana sahaja beliau berceramah, gereja dan dewan tersebut akan dibanjiri dengan pendengar tekun. Oleh kerana cintanya yang mendalam terhadap agama, beliau melanjutkan pengajian tahap Masters Injil di Harvard University, New York.

    Setelah tamat sahaja pengajian masters di dalam Injil, beliau dan 50% dari penuntut masters lain telah memutuskan hubungan dengan semua mazhab Kristian di dunia. Mereka menjadi agnostik ( percaya ada Tuhan yang Satu tanpa sebarang agama ) atau menganut agama Islam kemudiannya. Ada yang lantang dan ada juga yang berdiam diri.

    Rata-rata mereka terus menolak Triniti dan percaya kepada Uniti, iaitu Tauhid. Mereka tidak lagi percaya yang Nabi Isa itu anak Tuhan, menolak cerita yang Nabi Isa disalib, yakin bahawa Nabi Isa itu manusia dan menjadi yakin bahawa Injil telah diubah dengan banyak oleh pendita Kristian.

    Juga, yang menjadi amat pelik bagi ilmuwan injil ialah, bagaimana Nabi Muhammad seorang yang buta huruf dan pengembala kambing, boleh memberitahu pada umat manusia zamannya melalui Al-Quran bahawa Injil telah diubah dan Nabi Isa tidak disalib. Sedangkan Nabi Muhammad bukan seperti mereka, iaitu para ilmuwan terlatih yang membuat kajian berterusan dengan peralatan yang lengkap selama 20 tahun atau lebih terhadap Injil.

    Untuk menonton video bual-bicara bersama Dr Jerald Dirks, sila klik link ini.
    .
    .
    .
    .
    .

    No comments:

    Post a Comment

    Nota Umrah

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk maklumat lanjut

    Popular Posts

    Labels

    artikel (21) haji (3) hukum (19) tips (8) umrah (24) ziarah (12)