Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agent umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking news

    Carousel

    Thursday, October 14, 2010

    Huraian Rukun Haji dan Umrah



    NIAT IHRAM
    Iaitu niat masuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali. Sesiapa yang berbuat demikian maka ia dianggap sudah berihram dan haramlah ke atasnya melakukan setengah-setengah perkara yang sebelum ihramnya diharuskan, seperti memakai pakaian bersarung bagi lelaki, menutup muka dan dua tapak tangan (pergelangan tangan) bagi perempuan, memakai bau­bauan, bersetubuh, berburu binatang, menebang atau mencabut pokok di Tanah Hararn dan lain-lain daripada perkara pantang larang dalarn ihram.

    Niat Ihram Haji tertakhluk kepada Cara haji yang akan dikerjakan.

    A. Cara-cara mengerjakan haji:
    Para ulamak bersependapat bahawa cara mengerjakan haji itu ada tiga iaitu: Haji Ifrad, Haji Tarnattu' dan Haji Qiran.

    1. Haji Ifrad - mengerjakan haji dahulu dalarn bulan­ bulan haji* kemudian.mengerjakan umrah.
    * Bulan-bulan haji bermula dari 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

    2. Haji Tamattu' - mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji. Kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga. Cara ini dikehendaki seorang itu berniat ihram umrah sahaja dan ditunaikan segala rukun-rukun serta wajib-wajibnya. Apabila tiba waktu haji hendaklah ia berihram haji pula. Cara ini dikenakan dam mengikut syarat-syaratnya.
    3. Haji Qiran - Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja atau berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan haji.
    Peringatan:
    1. Mengikut pendapat Mazhab Syafi'ie Haji Ifrad adalah lebih afdal dengan syarat hendaklah dikerjakan umrah di dalam tahun itu juga.
    2. Terdapat setengah bakal-bakal haji berniat ihram haji (Haji Urad) tetapi mengikut perbuatan orang yang berniat ihram umrah seperti ia bercukur atau bertahallul selepas Sa’ie sebagaimana orang yang mengerjakan umrah. Ini hendaklah dijaga dan diambil perhatian supaya jangan sampai ibadat hajinya tidak sempuma.

    B. Memakai Pakaian Ihram:
    Sebelum seseorang itu berniat ihram di Miqat hendaklah ia memakai pakaian ihram.
    Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas (tidak bercantum) sehelai dipakai untuk menutupkan auratnya di antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Disunatkan berwarna putih.
    Pakaian ihrarn bagi perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan

    C. Sebahagian daripada sunat-sunat sebelum berihram ialah:
    1. Mengerat kuku
    2. Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai, janggut dan rambut.
    3. Mandi sunat ihram.
    4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
    5. Memakai pakaian ihram berwarna putih.
    6. Sembahyang sunat ihram.
    7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat. Setelah sempurna memakai pakaian ihram bolehlah berniat untuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua­duanya sekali bagi orang yang mengerjakan Haji Qiran

    Perhatian:
    Perempuan yang di dalam haid atau nifas boleh berniat haji atau umrah atau kedua-duanya.
    D. Perkara-perkara yang dilarang semasa berihram
    Sebaik sahaja seseorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut:
    1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya . tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah batang pokok atau payung (bagi lelaki).
    2. Memakai pakaian bersarong sarna ada berjahit atau sebagainya seperti seluar, baju kemeja, sarong kaki (bagi lelaki).
    3. Menutup muka (bagi wanita).
    4. Memakai sarong tangan (bagi lelaki dan wanita).
    5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam hidung (bagi lelaki dan wanita).
    6. Memakai minyak pada kepala atau janggut (bagi lelaki dan wanita).
    7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana­-mana bulu dianggota badan.(bagi lelaki dan wanita)
    8. Mengerat atau membuang kuku (bagi lelaki dan wanita).
    9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Hararn (bagi lelaki dan wanita).
    10. Membunuh binatang yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal (bagi lelaki dan wanita).
    11. Bersetubuh.
    12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium,berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
    13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.



    No comments:

    Post a Comment

    Nota Umrah

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk maklumat lanjut

    Popular Posts

    Labels

    artikel (21) haji (3) hukum (19) tips (8) umrah (24) ziarah (12)