· Sunat keluar ke perkuburan Baqi' pada setiap hari terutamanya tengahari hari Jumaat iaitu selepas memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Apabila sampai di sana kita memberi salam dengan berkata:(ุงูุณูุงู ุนูููู ุฏุงุฑ ููู ู ุคู ููู، ูุฅูุง ุฅู ุดุงุก ุงููู ุจูู ูุงุญููู، ุงูููู ุงุบูุฑ ูุฃูู ุงูุจููุน، ุงูููู ุงุบูุฑ ููุง ูููู )Pengunjung juga sepatutnya menziarahi masjid Quba' untuk sembahyang di dalamnya kerana pernah Nabi s.a.w datang ke masjid Quba' dalam keadaan menunggang dan berjalan kaki, baginda mendirikan sembahyang dua rakaat di dalamnya dan yang paling afdhal ialah pada hari Sabtu kerana Rasulullah s.a.w pernah datang ke masjid ini pada setiap hari Sabtu.
· Sebagaimana sunat juga menziarahi syuhada Uhud pada hari Khamis terutamanya penghulu syuhada' Hamzah bapa saudara Rasulullah s.a.w.
Sembahyang Di Madinah:
· Sunat mendirikan sembahyang semuanya di Masjid Nabi sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:(Sembahyang di masjidku ini lebih baik dari seribu sembahyang yang dilakukan di masjid yang lain selain Masjidilharam).
Keluar Dari Madinah dan Musafir:
· Disunatkan bagi pengunjung apabila dia ingin keluar dan musafir, dia hendaklah meninggalkan masjid Nabi dengan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dan berdoa dengan doa yang dia inginkan kemudian dia datang ke Raudhah dan memberi salam sebagaimana dia memberi salam sebelum itu serta dia berdoa dengan menyebut sanak saudaranya bersama-sama di dalam doa tersebut dengan penuh tadharru' dan meninggalkan Nabi s.a.w sambil berdoa:
(ุงูููู
ูุง ุชุฌุนู ูุฐุง ุขุฎุฑ ุงูุนูุฏ ุจุญุฑู
ุฑุณููู (ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
) ููุณุฑ ูู ุงูุนูุฏ ุฅูู ุงูุญุฑู
ูู ุณุจููุงً ุณููุฉ ุจู
ูู ููุถูู ูุงุฑุฒููู ุงูุนูู ูุงูุนุงููุฉ ูู ุงูุฏููุง ูุงูุขุฎุฑุฉ ูุฑุฏูุง ุณุงูู
ูู ุบุงูู
ูู ุฅูู ุฃูุทุงููุง ุขู
ููู).
· Seterusnya dia berkata: Kamu bukanlah orang yang ditinggalkan wahai Rasulullah).
Nasihat Di Madinah Munawwarah:
· Iltizam dengan sunnah Nabi secara baik dan menetapkannya.
· Ketika jemaah Haji dipesan supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w oleh seseorang maka janganlah kamu berkata Assalamu'alaikum wahai Rasulullah daripada (syeikh, Haji, jurutera atau doktor si Polan) bahkan sebut sahaja namanya kerana tidak ada mana-mana kedudukan di hadapan penghulu segala Rasul s.a.w.
· Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah adalah merupakan sebahagian dari taman-taman syurga.
· Tidak memegang dan mencium dinding maqam.
· Berjalan di Madinah dalam keadaan tenang, sopan serta penuh beradab kerana anda berjalan mengikut langkah Nabi s.a.w dan para sahabat.
· Tidak sukan atau bercakap dengan kuat di mana mengangkat suara di sisi Rasulullah s.a.w boleh menggugurkan amalan soleh.
· Tidak merokok, apabila anda merupakan perokok, berusahalah bersungguh-sungguh untuk berhenti dari merokok di tanah suci kerana tidak sedemikian merupakan perbuatan fasiq terutama di Madinah Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak beradab bersama Rasulullah s.a.w.
No comments:
Post a Comment