Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, Sa’ie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah alHaram kerana mengerjakan tawaf, Sa’ie dengan menurut syarat -syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka, berkuasa sama ada lelaki atau perempuan. Begitu juga dengan hukum umrah adalah wajib sama seperti hukum haji.
No comments:
Post a Comment